Home Ekonomi KWAP Tingkatkan Pendedahan Pelaburan Asing Kepada 30 Peratus Pada 2025
Ekonomi

KWAP Tingkatkan Pendedahan Pelaburan Asing Kepada 30 Peratus Pada 2025

KWAP Tingkatkan Pendedahan Pelaburan Asing Kepada 30 Peratus Pada 2025

Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Hazman Hilmi Sallahuddin

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) — Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk meningkatkan pendedahan pelaburan antarabangsanya kepada 30 peratus pada 2025.

Ketua Pegawai Pelaburan KWAP Hazman Hilmi Sallahuddin berkata perkara itu dirancang walaupun pasaran tempatan menunjukkan prestasi lebih baik baru-baru ini.

Beliau berkata sehingga 2023, 24.4 peratus daripada aset pelaburan KWAP diperuntukkan di peringkat antarabangsa.

“Kami kini berada di landasan yang betul. Pasaran tempatan jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

“Namun, dalam jangka masa panjang, kami menyasar untuk mengimbangi pendedahan pelaburan kami kepada 70 peratus di peringkat tempatan dan 30 peratus bagi antarabangsa, yang kami yakin lebih mampan,” katanya semasa pengumuman prestasi KWAP bagi tahun kewangan 2023 di sini, pada Rabu.

Beliau berkata berdasarkan purata prestasi selama 20 tahun, pelaburan antarabangsa secara konsisten memberikan pulangan yang lebih baik.

“Saya percaya hal ini penting untuk kami mempunyai penguntukan aset strategik yang lebih mampan. Itulah sebabnya kami memilih nisbah 70:30. Ketika pelaburan domestik dan antarabangsa kami semakin meningkat nilainya, bahagian pelaburan antarabangsa juga semakin berkembang,” katanya.

Hazman Hilmi berkata keputusan itu tidak melibatkan pengurangan pelaburan domestik sebaliknyaKWAP meningkatkan pelaburan dalam pasaran tempatan tahun ini.

“Bagaimanapun, peratusan peningkatan itu mungkin tidak begitu ketara,” katanya.

Related Articles

Dividen Bank Rakyat 17 peratus, kekal kadar dua digit
Ekonomi

Dividen Bank Rakyat 17 peratus, kekal kadar dua digit

DATUK Mohd Irwan Mohd Mubarak (tengah) bergambar ketika majlis Pengumuman Prestasi Kewangan...

Manfaat takaful cecah RM10.2 bilion, naik 16.73% pada 2024
Ekonomi

Manfaat takaful cecah RM10.2 bilion, naik 16.73% pada 2024

WAN Saifulrizal Wan Ismail (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Radzuan Mohamed...

CIMB tawar Kad Debit Visa dengan pulangan tunai bagi tol dan transit
Ekonomi

CIMB tawar Kad Debit Visa dengan pulangan tunai bagi tol dan transit

PETALING JAYA: CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan...

Lawatan Presiden Xi dijangka buka banyak peluang strategik perdagangan
Ekonomi

Lawatan Presiden Xi dijangka buka banyak peluang strategik perdagangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden China, Xi Jinping di Kompleks...