Home Ekonomi Unit Yong Tai Jual Hotel Lima Bintang Di Melaka Pada Harga RM160 Juta
Ekonomi

Unit Yong Tai Jual Hotel Lima Bintang Di Melaka Pada Harga RM160 Juta

Unit Yong Tai Jual Hotel Lima Bintang Di Melaka Pada Harga RM160 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Julai(Livevartha) –Yong Tai Bhd (YTB) akan menjual hotel lima bintang Courtyard by Marriott Melaka kepada Southern Envoy Sdn Bhd pada harga RM160 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Yong Tai berkata anak syarikat milik penuhnya, Apple 99 Development Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Southern Envoy.

Ia berkata cadangan penjualan hotel itu memberi peluang kepada Yong Tai untuk membuka potensi nilai hotel itu, dan ia dijangka memberikan anggaran keuntungan proforma bersih daripada penjualan kira-kira RM45.86 juta.

“Cadangan penjualan itu akan menghasilkan RM160 juta yangdigunakan oleh kumpulan, antara lain untuk membayar balik pinjaman bank sedia ada yang dibuat oleh Apple 99 dan tuntutan pembayarankemajuan tertunggak kepada kontraktor utama, sekali gus meningkatkan tahap penggearan Yong Tai.

"Setelah selesai cadangan penjualan itu, Yong Tai dapat meningkatkan prestasi kewangannya dan merealisasikan keuntungan, sekali gus mengukuhkan aliran tunai dan kedudukan aset bersihnya," katanya.

Yong Tai berkata nilai pasaran hotel ituseperti yang dinilai oleh Nawawi Tie Leung Property Consultants Sdn Bhd, menggunakan pendekatan perbandingan dan ditambah dengan pendekatan pendapatan, berdasarkan laporan penilaiannya bertarikh 1 Jun, 2024 harganya ialah padaRM170juta.

Sementara itu, kumpulan tersebut juga mencadangkan terbitan khas sehingga 30 peratus daripada jumlah saham biasa terbitan dalam Yong Tai, tidak termasuk saham perbendaharaan, kepada pelabur bebas yang akandikenal pasti dan pada harga terbitan yang akan ditentukan kemudian.

Ia berkata terbitan khas yang dicadangkan itu akan melibatkan terbitan sehingga 190 juta saham baharu, yang diperoleh berdasarkan 30 peratus daripada modal terbitan yang diperbesarkan sebanyak RM843.02 juta terdiri daripada 633.50 juta saham.

"Cadangan terbitan khas itu akan membolehkan kumpulan mengumpul dana dengan lebih cepat dan dengan cara yang lebih kos efektif berbanding pilihan pengumpulan dana lain seperti terbitan prorata sekuriti," katanya.

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...