Home Ekonomi Halogen Capital Lancar Tiga Dana Mata Wang Kripto Patuh Syariah Pertama Dunia
Ekonomi

Halogen Capital Lancar Tiga Dana Mata Wang Kripto Patuh Syariah Pertama Dunia

Halogen Capital Lancar Tiga Dana Mata Wang Kripto Patuh Syariah Pertama Dunia

Kredit: Google Sites

KUALA LUMPUR, 31 Julai(Livevartha) –Pengurus dana aset digital berlesen pertama Malaysia Halogen Capital Sdn Bhdmelancarkan secara rasmi tiga dana mata wang kripto patuh Syariah pertama di dunia untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Tiga dana mata wang kripto patuh Syariah tersebutialah Dana Halogen Shariah Bitcoin, Dana Shariah Ethereumdan Dana Halogen Shariah Crypto Titans.

Halogen Capital, yang memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal penuh untuk pengurusan dana daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, turut melancarkan dana bukan mata wang kriptonya, Dana Halogen Shariah Ringgit Income.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Liew Ooi Hann mengumumkan bahawa syarikat itu telah melepasi RM100 jutaaset di bawah pengurusan (AUM) daripada lebih 800 pelanggan.

"Matlamat kami adalah untuk membina momentum ini dan mencapai RM1 bilion AUM dalam tempoh dua tahun akan datang dan menjadi peneraju global dalam aset digital patuh Syariah," katanya pada majlis pelancaran rasmi dana tersebut, hari ini.

Beliau berkata pelancaran tersebut menyediakan peluang kepada pelabur canggih, seperti individu kaya dan pelabur institusi yang mencari strategi yang disesuaikan,untuk terlibat dalampasaran aset digital yang semakin berkembang pesat.

Halogen Capital dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pelancaran itu berkata, pada masa ini syarikat tersebut menawarkan pelabur individu, korporat dan institusi akses kepada aset digital seperti Bitcoin dan Ethereum, dengan tambahan kemudahan, kejelasan cukai dan jaminandana unit amanah.

Syarikat itu berkata dana patuh Syariahnya diseliaoleh penasihat Syariah terkemuka, Amanie Advisors dan Tawafuq Consultancy.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...