Home Ekonomi Gerakan Boikot Tidak Beri Kesan Ketara Pada Ekonomi Negara – Kementerian Ekonomi
Ekonomi

Gerakan Boikot Tidak Beri Kesan Ketara Pada Ekonomi Negara – Kementerian Ekonomi

Gerakan Boikot Tidak Beri Kesan Ketara Pada Ekonomi Negara – Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) — Gerakan memboikotdilihat tidak memberikan kesan ketara kepada ekonomi negara memandangkan sumbangan subsektor makanan dan minuman kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kecil iaitu2.4 peratus pada suku pertama 2024.

Kementerian Ekonomi menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini berkata, kerajaan akan terus berusaha bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan tidak terkesan dengan gerakan pemboikotan itu.

Ia menjelaskan pembaharuan struktur ekonomi yang sedang dilaksanakan dijangka menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi bagi mempercepat peralihan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Pada masa yang sama, syarikat berjenama tempatan wajar mengambil peluang serta lebih kreatif dan inovatif dalam menawarkan produk tempatan yang berkualiti dan memenuhi cita rasa rakyat tempatan. Tindakan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi permintaan untuk produk buatan Malaysia,” tambahnya.

Kementerian Ekonomi berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang meminta kementerian tersebutmenyatakan peratusan pertumbuhan ekonomi untuk subsektor minuman dan makanan ketika kebanyakan pemain industri berkenaan mengalami tekanan akibat gerakan boikot.

Kementerian Ekonomi berkatakonflik Asia Barat antara rejim zionis Israel dan Palestin yang berlaku pada 7 Oktober, 2023 telah mendorong kepada gerakan untuk memboikot sebahagian perniagaan syarikat jenama luar negara olehkebanyakan rakyat Malaysia.

“Pemboikotan ini menyebabkan pengguna cenderung untuk beralih kepada jenama makanan dan minuman keluaran tempatan,” tambahnya.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...