Sunday , 22 December 2024
Home Ekonomi emart24 Rancang Buka 17 Cawangan Di Pantai Timur Tahun Ini
Ekonomi

emart24 Rancang Buka 17 Cawangan Di Pantai Timur Tahun Ini

emart24 Rancang Buka 17 Cawangan Di Pantai Timur Tahun Ini

Kredit: emart24 Holdings Sdn Bhd

Kredit: emart24 Holdings Sdn Bhd

KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Livevartha) — Kedai serbaneka Korea Selatan, emart24 yang mempunyai 65 cawangan di Malaysia setakat ini, merancang membuka 17 lagi premis di Pantai Timur menjelang akhir 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Holdings Sdn Bhd Vuitton Pang berkata ini bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan terhadap makanan dan minuman jalanan Korea Selatan pada harga berpatutan dan menggunakan ramuan halal.

Pada masa ini terdapat 28 cawangan emart24 di seluruh Pantai Timurdengan jumlah pelanggan mencecah 300,000 orang sebulan.

"Kami merancang untuk menggandakan daripada tujuh kepada 15 cawangan di Terengganu manakala di Kelantan tambahan enam kepada 14 cawangan sedia ada.

"Di Pahang, kami mengenal pasti tiga lokasi untuk pembukaan cawangan baharu daripada tujuh premis ketika ini,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Vuitton berkata pihaknya juga menyasarkan untuk menambah kepada 300 cawangan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

Beliau juga yakin emart24 menjadi pilihan utama rakyat negara ini berdasarkan aspekkualiti yang konsisten, harga berpatutan dan konsep sajian moden.

“Malaysia adalah pasaran luar negara pertama yang diterokai emart24 menggunakan slogan ‘Rasa Korea, Hari Ceria.’

"Selain makanan sedia dimakan, terdapat juga pelbagai jenis snek, ais krim dan minuman jenama eksklusif Korea Selatan di emart24," katanya.

Related Articles

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Saham KL susut diasak tekanan jualan, jejak prestasi serantau

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus...

Ekonomi

Inflasi November turun kepada 1.8 peratus – DOSM

DOSMKUALA LUMPUR, 20 Disember- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada...