Saturday , 21 December 2024
Home Ekonomi KPK akan jelajah negeri beri penerangan isu pematuhan piawaian, hak milik tanah – Johari
Ekonomi

KPK akan jelajah negeri beri penerangan isu pematuhan piawaian, hak milik tanah – Johari

KPK akan jelajah negeri beri penerangan isu pematuhan piawaian, hak milik tanah – Johari

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika bertemu pengamal media selepas mengadakan mesyuarat bersama Exco-exco Pertanian Negeri hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Livevartha) – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengadakan sesi jelajah ke setiap negeri dalam masa terdekat untuk memberipenerangan berhubungpematuhanpiawaian sertaisu berkaitanhak milik tanah.

Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkatakementerian ituakan turun ke padang untuk memberikan penerangankepada pekebun kecil terutamanya berkaitanpematuhan terhadap piawaian antarabangsa seperti Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah(EUDR).

“Dalam roadshow (jelajah) yang akan kita buat secepat mungkin ini, kita akan turun ke setiap negeri untuk kita explain (jelas) kepada mereka supaya mereka fahamimplikasinya (pematuhan terhadap piawaian).

“Kita perlu melakukan ini keranakomoditi kita banyak dieksport ke luar negara. Kita hasilkan18.5 juta tan kelapa sawit tetapi kita gunakan (hanya) 4 juta tan.. jadi kalau produk kitatak boleh eksport sebab kita tidak patuh piawaian kemampananglobal, siapa yang akan guna baki 14 tan itu?,” soalbeliau.

Johari berkata beberapa perkara yang perlu dilihat dan ditangani bersama oleh kerajaan Persekutuan dan negeri adalah berkenaanpematuhan terhadappiawaian antarabangsa berhubung aspek kemampanan seperti EUDR, usahapemeliharaan dan pemulihan alam sekitar dan Isu buruh paksa sertahak asasi manusia.

Beliau berkata sektor agrikomoditi tidak lekang daripada isu dan cabaran di peringkat domestik mahupun antarabangsa dan ia memberi implikasi kepada negeri-negeri untuk memasarkan hasil komoditi mereka ke pasaran antarabangsa sebagai produk keluaran Malaysia.

Menurutnya, ketidakpatuhan terhadap piawaian serta peraturan ini akan menggugat kebolehpasaran produk agrikomoditi negara di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung boleh menjejaskan pendapatan kerajaan negeriyang banyak bergantung kepada sektor pertanian dan perladangan.

“Kita juga hendak melihat bagaimana kita boleh bantu kerajaan negeri contohnya nak menyelesaikan isu-isu tanah, kerana ada tanah yang sepatutnyadi tanam kelapa sawit, dia (pekebun) punya title (hak milik) itu getah, ataupun koko dan lain lain.

“Jadinak dapat sijil kemampanansalah satu prasyarat kena ada legitimate title (hak milik sah), mesti apa yang kita tanam kena tulis. Dan,isutanah di setiap negeri ini berbeza peraturannya. Perkara teknikal seperti ini sangat penting untuk kita turun ke bawah dan kita di kementerian akan membantu memudahkanmereka untuk patuh terhadappiawaian,” katanya.

Related Articles

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Saham KL susut diasak tekanan jualan, jejak prestasi serantau

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus...

Ekonomi

Inflasi November turun kepada 1.8 peratus – DOSM

DOSMKUALA LUMPUR, 20 Disember- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada...