Home Ekonomi Sasaran Realistik, Malaysia Di Landasan Capai Status Pendapatan Tinggi
Ekonomi

Sasaran Realistik, Malaysia Di Landasan Capai Status Pendapatan Tinggi

Sasaran Realistik, Malaysia Di Landasan Capai Status Pendapatan Tinggi

Ketua Ahli Ekonomi IQI Global Shan Saeed
Credit: Shan Saeed

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Livevartha) — Sasaran Malaysia untuk mencapai status berpendapatan tinggi disifatkan sebagai realistik bersandarkan trajektori pertumbuhan kukuh, kestabilan ekonomi serta keyakinan pelabur yang ketara.

Ketua Ahli Ekonomi IQI Global Shan Saeed berkata pertumbuhan ekonomi negara ini akan dipacu oleh sumbangan negeri-negeriutama seperti Sarawak,Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam tempoh tiga hingga enam tahun lagi.

“Selangor pada masa ini menyumbang sebanyak 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Sarawak pula diunjur meningkat dan menjadi penyumbang utama ekonomi manakala Pulau Pinang kekal sebagai hab pembuatan,” katanya kepada Livevartha.

Beliau juga menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia dalam julat 4.0-5.0 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun, didorong oleh pengukuhan ringgit yang diunjur sekitarRM4.10 hingga RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Defisit belanjawan kekal di bawah paras3.5 peratus dengan dasar fiskal yang lebih disiplin,” katanya.

Shan juga berpendapat pertumbuhan dalam sektor-sektor seperti teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), minyak dan gas (O&G), hartanah, elektrikal dan elektronik (E&E) dan logistik akan menyokong usaha Malaysia mencapat status sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Malah, Malaysia juga merupakan penggiat penting dalam pasaran E&E dengan eksport ke negara-negara seperti China, AS, Singapura, Hong Kong dan Jepun.

Pada masa sama, sektorO&G terus menjadi keutamaan untuk ekonomi negara ini dengan ekosistem kukuh bagi menyokong rantaian nilai peringkat domestik dan serantau.

Related Articles

Ekonomi

Pasaran getah dijangka terus lemah akibat ketidaktentuan global

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 19 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan
Ekonomi

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...