Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi CIMB Group Lantik Tengku Azmil Sebagai Pengerusi CIMB Thai Bank Berkuat Kuasa 19 Julai
Ekonomi

CIMB Group Lantik Tengku Azmil Sebagai Pengerusi CIMB Thai Bank Berkuat Kuasa 19 Julai

CIMB Group Lantik Tengku Azmil Sebagai Pengerusi CIMB Thai Bank Berkuat Kuasa 19 Julai

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) — CIMB Group Holdings Bhd melantik Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz sebagai Pengerusi dan Pengarah CIMB Thai Bank, berkuat kuasa 19 Julai, 2024.

Tengku Azmil akan menggantikan Datuk Robert Cheim Dau Meng yang telah bersara.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, CIMB menjelaskan Tengku Azmil telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas CIMB Group pada 1 Julai, 2024.

“Tengku Azmil sebelum ini ialah Ketua Pegawai Pelaburan di Khazanah Nasional Bhd (Khazanah). Beliau berkhidmat dengan Khazanah dan memegang pelbagai jawatan kanan termasuk Timbalan Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif Pelaburan dari 2011 hingga 2022,” menurut CIMB.

Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines dari 2009 hingga 2011, selain Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan.

“Beliau pada masa ini ialah Pengerusi Lembaga Pengarah CelcomDigi Bhd dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Bhd serta ahli Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia,” jelasnya.

CIMB juga memaklumkan Tengku Azmil memiliki ijazah dalam bidang Ekonomi dari University of Cambridge, United Kingdom, serta merupakan akauntan bertauliah dan ahli bersekutu Institut Akauntan Malaysia dan Institute of Chartered Accountants in England and Wales.

— Livevartha

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...