Home Ekonomi Ikhlas.com Sasar Bawa Lebih 200,000 Jemaah Umrah 1446H
Ekonomi

Ikhlas.com Sasar Bawa Lebih 200,000 Jemaah Umrah 1446H

Ikhlas.com Sasar Bawa Lebih 200,000 Jemaah Umrah 1446H

Pengerusi Eksekutif Capital A Datuk Kamarudin Meranum (dua,kiri) menyantuni para jemaah umrah pada Majlis Perlepasan Jemaah Umrah AirAsia X ke Madinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2).

Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com Iklas Kamarudin (kiri).

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com Iklas Kamarudin ketika ditemui media pada Majlis Perlepasan Jemaah Umrah AirAsia X ke Madinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2).

Pengerusi Eksekutif Capital A Datuk Kamarudin Meranum (kanan) menyantuni para jemaah umrah pada Majlis Perlepasan Jemaah Umrah AirAsia X ke Madinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2).

Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com Iklas Kamarudin (dua, kanan).

Pengerusi Eksekutif Capital A Datuk Kamarudin Meranum (berdiri, tiga, kiri) bergambar kenangan bersama para jemaah umrah pada Majlis Perlepasan Jemaah Umrah AirAsia X ke Madinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2).

Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com Iklas Kamarudin (duduk, dua, kiri).

SEPANG, 4 Ogos (Livevartha) — Ikhlas Com Travel and Umrah Sdn. Bhd. (ikhlas.com), cabang perniagaan mesra Muslim di bawah Capital A, menyasarkanuntuk menerbangkan lebih 200,000 jemaah umrah bagi tahun 1446 Hijrah.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com Ikhlas Kamarudin berkata pihaknya berjaya membawalebih 110,000 jemaah umrah pada tahun 1445 Hijrah.

“Kami yakin sasaran itu boleh dicapai kerana kini kami memberikan pilihan kepada jemaah umrah untuk mendarat di Madinah atau Jeddah (Arab Saudi), sebelum ini kami hanya terbang ke Jeddah dari Kuala Lumpur.

“Dengan dua penerbangan seminggu ke Madinah, ikhlas.com mampu menawarkan pilihan yang lebih selesa dan mampu milik untuk lebih ramai tetamu dan jemaah Malaysia serta serantau mengerjakan umrah,” katanya kepada media selepas menyaksikan penerbangan sulung AirAsia X dariKuala Lumpur (KUL) ke Madinah (MED), di sini hari ini.

Turut hadirPengerusi Eksekutif Capital ADatuk Kamarudin Meranun.

Selain itu, Ikhlas berkata pihaknya yang menambah baik perkhidmatan seperti waktu penerbangan yang membolehkan jemaah sampai di Tanah Haram selepas waktudaftar masuk ke hotel, juga akan menjadi daya penarik untuk orang ramai memilih pakej yang ditawarkan.

“Maksudnya mereka (jemaah umrah) lebih mudah daftar masukke hotel sebaik tiba ke Tanah Haram, dan tidakperlutunggu lama di lapangan terbangatau lobi hotel,” katanya.

Sempena meraikan penerbangan sulung berkenaan, ikhlas.com turut menawarkan promosi ‘Sama-Summer Umrah’ dengan diskaun sehingga RM1,000 bagi setiap tempahan untuk tetamu empat orang atau diskaun RM500 bagi setiap tempahan untuk duaorang mulai 1 hingga 31 Ogos 2024.

Tetamu juga boleh menempah pakej harga berpatutan umrah ikhlas.com bermula dari RM4,990 untuk Umrah Super Economy; RM6,490 untuk Umrah Economy; RM7,390 untuk Umrah Standard atau RM8,090 untuk Umrah Premium, kata Ikhlas.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...