Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi PETRA Fokus Kepada Rangka Kerja Bekalan Tenaga Dan Air Bagi Industri Pusat Data
Ekonomi

PETRA Fokus Kepada Rangka Kerja Bekalan Tenaga Dan Air Bagi Industri Pusat Data

PETRA Fokus Kepada Rangka Kerja Bekalan Tenaga Dan Air Bagi Industri Pusat Data

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR, 5 Ogos(Livevartha)– Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memfokuskan kepada rangka kerja bekalan tenaga dan air serta penyediaannya untuk industri pusat data, kata Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata PETRA telah memberikan pandangan mengenai kelestarian dan kemampanan yang merupakan antara aspek utama Pelan Hala Tuju PeralihanTenaga(NETR) yang dilancarkan pada tahun lepas.

“NETR telah membuka mata pelabur luar untuk datang ke negara kita. MITI (Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri) bertanggungjawab untuk menentukan dasar bagi menarik pelaburan ke dalam negaramanakalabagi PETRA, kita telah menyusun Program Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS),” katanya ketika ditemui pada majlis Forward Faster Now | Asia and Oceania hari ini.

Ia dianjurkan oleh United Nations Global Compact dengan kerjasama 15 Global Compact Country Networks di seluruh Asia dan Oceania.

Katanya pelabur industri pusat data perlu memenuhi permintaan dan tanggungjawab dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan PETRA akan turut meningkatkan usaha mempercepatpenggunaan tenaga boleh baharu di negara ini.

“Kita akan memanggil pihak swasta bagi proses libat urus CRESS nanti,” katanya.

Program CRESS akan bermula September ini untuk meningkatkan akses syarikat korporat kepada bekalan elektrik hijau.

CRESS akan menawarkan konsep akses grid terbuka, pihak ketiga (TPA) boleh membekal (menjual) atau mendapat (membeli) bekalan elektrik melalui sistem rangkaian grid dengan caj akses sistem yang ditetapkan.

MITI dijangka mengumumkan piawaian cekap tenaga dan air untuk pusat data yang beroperasi di Malaysia pada bulan depan.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...