KUALA LUMPUR, 5 Ogos(Livevartha) –Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), pemain utama dalam ruang pembayaran digital,diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebagai pengeluar diluluskan bagi instrumen pembayaran khas untuk pembayaran gaji.
Pengasas dan Pengarah UrusanMerchantrade Ramasamy K. Veeran berkata penglibatan dalam penyelesaian upah digital itu adalah satu usaha mengembangkan perniagaan Merchantrade dalam ruang kiriman wang dan e-dompet.
“Langkah ini menangani satu lagi masalah kritikal untuk pekerja asing dan segmen tanpa bank lain di Malaysia.
“Selama bertahun-tahun, kami membina ekosistem kukuh yang disesuaikan dengan keperluan segmen ini dan percaya Merchantrade dalam kedudukan strategik memudahkan peralihan dari tunai kepada pembayaran gaji digital,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramasamy berkata menyedari cabaran besarmajikan membuka akaun bank tradisional untuk pekerja migran dan segmen tanpa bank lain, penyelesaian itu dijangka mengubah proses penggajian bagi syarikatdengan menghapuskan pembayaran tunai dan cek serta membolehkan pembayaran gaji terus ke e-dompet Merchantrade Money pekerja.
Malah, beliau berkata penyelesaian ituakan menjadi pemangkin perubahan merentas pelbagai industri termasuk perladangan, pembuatan, pembinaan, perkhidmatandan kerja domestik yang memberi manfaat kepada syarikat multinasional dan perusahaan kecil dan sederhana.
Selain platform pengagihan gaji dan e-dompet proprietarinya, ekosistem Merchantrade mempunyai 95 cawangan dan lebih 490 lokasi ejen di seluruh negara.
“Kemudahan itu berfungsi sebagai pusat sokongan dengan pasukan yang berdedikasi untuk membantu majikan dan pekerja di kawasan bandar dan luar bandar.
“Pendekatan dari awal hingga akhirsyarikat pula memastikan sokongan menyeluruh pada setiap langkah dari pendaftaran dan latihan hingga perkhidmatan pascajualan,” katanya.