Home Ekonomi Sektor Automotif Perlukan Sokongan Kerajaan Tangani Cabaran e-invois – Ahli Akademik
Ekonomi

Sektor Automotif Perlukan Sokongan Kerajaan Tangani Cabaran e-invois – Ahli Akademik

Sektor Automotif Perlukan Sokongan Kerajaan Tangani Cabaran e-invois – Ahli Akademik

Pensyarah kanan Pengajian Teknologi dan Pengurusan Logistik Universiti Utara Malaysia Rohafiz Sabar (kiri), Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) yang juga Profesor Madya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr. Wan Mazlina Wan Mohamed

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Ogos(Livevartha) — Pelaksanaane-invois merupakan satu langkah penting ke arah usaha mendigitalkan urusan kerajaannamun dalam masa sama ia juga dijangka membericabaran, terutamanya kepadaindustri automotif.

E-invois merujuk kepada menjana, menghantar, menerima dan menyimpan invois dalam format digital. Sistem ini menggantikan keperluaninvois berasaskan kertas dan menyelaraskan proses pengeluaran invois.

Sektor dalam industri automotif yang dijangka terjejas termasuk kewangan dan insurans automotif, pembaikan dan penyenggaraanautomotif, alat ganti dan aksesori automotif, pengedar kereta dan pengeluar kenderaan.

Pensyarah kanan Pengajian Teknologi dan Pengurusan Logistik Universiti Utara Malaysia Rohafiz Sabar berkata industri automotif negara dijangka berdepanpelbagai cabaran dalam menyesuaikan diri kepada e-invois, termasuk kos pelaksanaan, keengganan melakukanperubahan dan isu keselamatan data.

“Bagaimanapun, dengan sokongan yang sewajarnya daripada kerajaan, seperti bantuan kewangan, program latihandan penambahbaikan infrastruktur teknologi, pengedar kereta boleh mengatasi cabaran ini dan seterusnya dapatmelaksanakan sistem e-invois dengan jayanya,” katanya kepada Livevartha dalam satu temu bual.

Rohafiz berkataindustri automotif perlu memanfaatkan sepenuhnya sokongan kerajaan bagi memastikan peralihan yang lancar dan berkesan.

“Kerajaan boleh menyediakan bantuan kewangan atau insentif cukai, khususnya kepada pengedar kereta, bagi mengurangkan beban kos pelaksanaan sistem e-invois.

"Ini boleh jadi dalam bentuk geran, pinjaman faedah yang rendah, atau potongan cukai untuk pelaburan dalam teknologi e-invois. Geran khas juga boleh disediakan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor automotif yang mengguna pakai sistem e-invois," katanya.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...