Home Ekonomi Belanjawan 2025 Perlu Beri Tumpuan Isu Kos Sara Hidup – PM Anwar
Ekonomi

Belanjawan 2025 Perlu Beri Tumpuan Isu Kos Sara Hidup – PM Anwar

Belanjawan 2025 Perlu Beri Tumpuan Isu Kos Sara Hidup – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja Kementerian Kewangan hari ini.

Turut kelihatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua, kanan), Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying (dua, kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican (kanan).

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Livevartha) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Belanjawan 2025 dijadualdibentangkan pada 18 Oktober depandi Dewan Rakyat, memberi tumpuan kepada aspek menangani dan mengurangkan kos sara hidup.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata isu kos sara hidup sentiasa menjadi kebimbangan rakyat dan menjaditanggungjawab kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang terkesan.

“Walaupun saya boleh sebut gula, minyak, tepung, minyak masak kita adalah paling murah…tapi bagi rakyat Malaysia, masih merasa beban.

“Sebab itu saya katakan kita dalam Belanjawan ini, selain isu yang kita bincangkan, kita usahakan juga masalah kartel, monopoli dan punca kenapa harga barang naik, semua ini harus kita tangani,” katanya ketika berucap pada majlisperhimpunan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini.

Turut hadirMenteri Kewangan IIDatuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri berkata MoF, menerusi usaha rentas kementerian, harus memikirkan dan mencari kaedah serta jalan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kos sara hidup yang meningkat itu antara lain disebabkan oleh masalah ketirisan, rasuah, seludup dan kartel, katanya.

“Pengalaman Saudara (MoF) sama ada dalam penguatkuasaan atau perancang dasar akan lebih faham,tidak mungkin kita tidak fikir kaedah dan jalan untuk mengurangkan kos.

“Kos ini meningkat di antara lain (disebabkan)ketirisan, rasuah, seludup dan keuntungan berlebihan melalui kartel,” katanya.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...