Wednesday , 13 November 2024
Home Ekonomi Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Berkembang Meskipun Berdepan Cabaran Luar – Amir Hamzah 
Ekonomi

Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Berkembang Meskipun Berdepan Cabaran Luar – Amir Hamzah 

Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Berkembang Meskipun Berdepan Cabaran Luar – Amir Hamzah 

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) — Ekonomi Malaysia berada di landasan yang baik meskipun berdepan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Ekonomi sebenar adalah yang paling penting. Sebab itu kita melihat kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia sememangnya kukuh.

“Kita berada di landasan yang baik dan akan terus berkembang,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Inspire 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai impak kemungkinan kemelesatan AS terhadap ekonomi negara.

Amir Hamzah berkata unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa ekonomi negara akan berkembang 5.0 peratus pada separuh pertama 2024, berada pada tahap tertinggi berbanding jangkaan Kementerian Kewangan sebanyak 4.0 peratus – 5.0 peratus.

“Sebab itulah, ringgit meningkat, bukansahaja kerana AS ingin menurunkan kadar faedah tetapi turut kerana dasar yang bagus dibangunkan oleh kerajaan.

“Kita lihat ada banyak perkembangan yang baik dan tahap keyakinan juga meningkat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kejatuhan pasaran saham global semalam berikutan pembetulan berlebihan dan bersifat sementara dengan prestasi Bursa Malaysia dilihat pulih hari ini.

“Ia berlaku di seluruh duniakerana beberapa peristiwa yang berlakuseperti unjuran kadar pengangguran AS yang tinggi sedikitmenyebabkan keyakinan berkurangan.

Related Articles

Azam Jaya catat premium 28.2 peratus di Pasaran Utama
Ekonomi

Azam Jaya catat premium 28.2 peratus di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan infrastruktur jalan raya utama yang berpangkalan di Sabah,...

Ekonomi

Malaysia akan pantau potensi impak ekonomi susulan kemenangan Trump

Menteri Ekonomi Mohd Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 11 November – Malaysia sedang memantau...

Ekonomi

Kerajaan pastikan ringgit stabil, BNM sedia tangani ketidaktentuan

Lim Hui YingKUALA LUMPUR, 11 November- Kerajaan Malaysia akan memastikan ringgit terus...

KWSP catat pendapatan pelaburan RM57.57 bilion dalam 9 bulan pertama 2024
Ekonomi

KWSP catat pendapatan pelaburan RM57.57 bilion dalam 9 bulan pertama 2024

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan berjumlah...