Home Ekonomi Garis Panduan Tingkat Pelaburan Pusat Data Akan Dikeluarkan Pada Suku Ketiga – Tengku Zafrul
Ekonomi

Garis Panduan Tingkat Pelaburan Pusat Data Akan Dikeluarkan Pada Suku Ketiga – Tengku Zafrul

Garis Panduan Tingkat Pelaburan Pusat Data Akan Dikeluarkan Pada Suku Ketiga – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berucap pada Majlis Pecah Tanah Vantage KUL2 Kampus di Jalan Cyber Point 4, Cyber 8 hari ini.

CYBERJAYA, 6 Ogos(Livevartha) –Kerajaan akan mengumumkan garis panduan untuk keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) dan keberkesanan penggunaan air (WUE) di pusat data menjelang suku ketiga tahun ini untuk meningkatkan pelaburan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata garis panduan itu akan memastikan pusat data yang dibina di Malaysia memenuhi keperluan kemampanan minimum bagi mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050.

“Memandangkan pusat data menggunakan banyak kuasa dan air, kita mahu memastikan pusat data yang dibina di sini (di Malaysia) memenuhi keperluan minimum yang ditetapkan oleh institusi global.

"SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia sedang dalam proses memuktamadkan (garis panduan itu), dan kami akan mengumumkannya pada suku ketiga tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah kampus kedua Vantage Data Centers(KUL2), di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Digital dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menambah baikekosistem pusat data.

Sementara itu, Menteri Digital Gobind Singh Deo yang turut hadir pada majlis pecah tanah itu berkata dua cabaran utama pelaburan pusat data adalahkuasa dan air.

Beliau berkata, garis panduan yang sedang dibangunkan itu akan memastikan negara mempunyai bekalankedua-dua sumber itu yang mampan dan mencukupibagitempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang untukmenarik lebih banyak pelaburan.

Gobind berkata Kementerian Digital dan MITI sedang bekerjasama untuk menangani kebimbangan kecukupanbekalan air dan elektrikberikutan permintaan besar daripada pemain industri.

“Kita perlu terus menggerakkan usaha untuk memastikan kita boleh membangunkan Malaysia sebagai hab pusat data di rantau ini, terutamanya apabila kita menjadiPengerusi ASEAN pada 2025.

Related Articles

Ekonomi

JS-SEZ: Prestasi saham dijangka catat pertumbuhan lebih baik

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 11 Januari- Prestasi saham dijangka mencatat pertumbuhan lebih baik...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal meningkat minggu hadapan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Januari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Toyota lancar versi 2025 GR Yaris, GR Corolla dan Corolla GR Sport
Ekonomi

Toyota lancar versi 2025 GR Yaris, GR Corolla dan Corolla GR Sport

MAJLIS pelancaran versi 2025 GR Yaris, GR Corolla dan Corolla GR Sport...

BCorp, KMMSG sedia bantuan makanan
Ekonomi

BCorp, KMMSG sedia bantuan makanan

VINCENT Tan (kanan) melancarkan inisiatif yang bertujuan menyediakan makanan kepada masyarakat yang...