Home Ekonomi Kemasukan Dana Asing Petanda Pelabur Yakin Prestasi Ringgit, Ekonomi – Lim
Ekonomi

Kemasukan Dana Asing Petanda Pelabur Yakin Prestasi Ringgit, Ekonomi – Lim

Kemasukan Dana Asing Petanda Pelabur Yakin Prestasi Ringgit, Ekonomi – Lim

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan (NAPSAC) Ke-31 di Banda Hilir.

MELAKA, 6 Ogos (Livevartha) — Kemasukan besar-besaran dana asing ke pasaran tempatan sejak kebelakangan ini memberi petanda positif keyakinan tinggi pelabur ke atas pengukuhan ringgit dan perkembangan ekonomi tempatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Beliau berkata ini berikutan ringgit yang sebelum ini dianggap terkurang nilai bagi tempoh agak lama, kini mula memaparkan kenaikan sertaminat belian daripada pelabur.

Prestasi ringgit, katanya,telah mencatatkenaikan harian terbesar dalam tempoh sembilan tahun dan mencecah paras tertinggi sejak April 2023 yang disokong oleh jangkaan kemasukan besar-besaran dana asing ke pasaran tempatan.

“Keadaan terkurang nilai ini turut menunjukkan ringgit berpotensi meningkat lagi pada masa akan datang.

“Initerutama jangkaan Bank Negara Malaysiamengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) manakala Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pulamengurangkan kadar faedah seawal September ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Persidangan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan kali ke-31 (NAPSAC) di sini hari ini,yang turut dihadiri Presiden Persatuan Akauntan Sektor Awam (PSA) Malaysia Ayub Zaidin.

Sementara itu, PSA Malaysia akan menggunakan semua platform sedia ada bagi membantu memberi penerangan mengenai kaedah pengiraan pelarasan gaji penjawat awam yang dijadual diumumkan pada minggu depan.

Bercakap kepada pemberita, Ayub berkata ini termasuktaklimat secara bersemuka serta sesi penerangan dalam talian bagi memastikan garis panduan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat difahami oleh semua penjawat awam di pelbagai peringkat.

“Kami komited untuk memberi segala bentuk bantuan atau memudah cara dari aspek penerangan berkaitan pekeliling perbendaharaan atau perkhidmatan itu dengan memanggil wakil-wakil ke pusat tanggungjawab.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....