Home Ekonomi Cyberjaya Kekal Jadi Tarikan Pusat Data Hiperskala
Ekonomi

Cyberjaya Kekal Jadi Tarikan Pusat Data Hiperskala

Cyberjaya Kekal Jadi Tarikan Pusat Data Hiperskala

Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Sdn Bhd Kamarul Ariffin Abdul Samad

Oleh Samantha Tan

CYBERJAYA, 6 Ogos(Livevartha) –Cyberjaya yang merupakanlokasi pilihan dalam pelaburan teknologi, masih kekal menarik untuk pusat data hiperskala, dengan beberapa lagi pemain industri itu akan melabur di sini tidak lama lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Sdn BhdKamarul Ariffin Abdul Samad.

Beliau berkata sehingga kini, bandar itu menjadi lokasi kepada 15 pusat datayang terdiri daripada pusat data komersial dan kaptiftermasuk hiperskala, yangmana pengendalinya termasuk Equinix, Bridge Data Centre, EdgeConneX, Microsoft dan NTT.

"Kami masih menerima banyak pertanyaan daripada banyak pusat data dan ini menunjukkanCyberjaya adalah lokasi pilihan untuk pengendali pusat data. Saya tidak boleh mendedahkannya sekarang kerana ia masih dalam perundingan. Kami akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai," katanya kepada Livevartha di sini hari ini.

Beliau ditemui di majlis pecah tanah kampus kedua Vantage Data Centres (KUL2) di sini, yang dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kamarul Ariffin berkata dengan meningkatnya kesalinghubungan, automasi dan pemprosesan data secara besar-besaran, pusat datayang merupakan tulang belakang ekonomi digitalmenyumbang secara langsung kepada peningkatan infrastruktur digital keseluruhan.

Beliau berkata dalam memastikan pelabur seperti Vantage Data Centre mendapat sokongan yang baik, Cyberview menyediakan elemen-elemen yang diperlukan termasuk meningkatkan dan mengoptimumkan infrastrukturnya.

"Beberapa pusat data yang akan dibuka di Cyberjaya sudah sedia dengan kecerdasan buatan (AI). Beberapa pusat ini yang sedang dibina di sini turut membangunkan pusat data AI supaya ia boleh bertukar daripada hiperskala kepada AI apabila diperlukan," katanya.

Cyberview adalah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan telah diberi mandat untuk menerajui pembangunan Cyberjaya sebagai hab teknologi global.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...