Home Ekonomi IILM terbit semula sukuk jangka pendek US$1.26 bilion dalam 3 siri
Ekonomi

IILM terbit semula sukuk jangka pendek US$1.26 bilion dalam 3 siri

IILM terbit semula sukuk jangka pendek US.26 bilion dalam 3 siri

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) –Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula agregat US$1.26 bilion (US$1=RM4.47) sukuk jangka pendek dalam tiga siri berbeza.

Tiga siri itu terdiri daripada terbitan US$340 juta untuk tempoh satu bulan pada 5.15 peratus, US$540 juta untuk tempoh tiga bulan pada 5.17 peratus dan US$380 juta untuk tempoh enam bulan pada 5.00 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohamad Safri Shahul Hamid berkata buku pesanan gabunganyang melebihi US$2.91 bilion itu mewakili nisbah bidaan kepada terbitanpurata sebanyak 231 peratus, yang juga buku pesanan terbesar tahun ini.

“Lelongan hari ini turut menyaksikan penyertaan pelabur baharu dari seluruh Majlis Kerjasama Teluk dan Asia, iaitu bank berpangkalan di Oman, bank Qatar, dan pengurus aset dari Singapura dan Malaysia.

"Peningkatan penyertaan pelabur menunjukkan status selamat sukuk IILM dalam persekitaran pasaran yang sangat tidak menentu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah keseluruhan Sukuk IILM terkumpulkini ialah US$3.51 bilion.

— Livevartha

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...