Home Ekonomi Tenaga Kerja Kewangan Malaysia Alami Transformasi, FSF Akan Tingkatkan Kemahiran — AICB
Ekonomi

Tenaga Kerja Kewangan Malaysia Alami Transformasi, FSF Akan Tingkatkan Kemahiran — AICB

Tenaga Kerja Kewangan Malaysia Alami Transformasi, FSF Akan Tingkatkan Kemahiran — AICB

(Dari kiri ke kanan) Paul Low, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Insurans Malaysia, Yusry Yusoff, CEO, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, Datuk (Dr) Nora Manaf, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank dan Edward Ling, CEO, Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).
Kredit foto : AICB

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos(Livevartha) — Landskap tenaga kerja Malaysia sedang mengalami transformasi penting apabila banyak tugas pekerjaan baharu tidak pernahwujud ketika dekad yanglepas dan trend itu mungkinberterusan dalam beberapadekad akan datang.

Memandangkan kepentingan kepada ekonomi Malaysia, tenaga kerja dalam sektor kewangan perlu dilengkapi kemahiran menyesuaikan diri dengan trend teknologi yang berubah dengan pantas, yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.

PenetapanRangka Kerja Kemahiran Masa Depan (FSF) pertama Malaysia untuk sektor kewangan oleh Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)dengan kerjasama Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan Institut Insurans Malaysiabertujuan supayatenaga kerja menjadikalis masa depandengan merapatkan jurang kemahiran.

Pengerusi AICBTan Sri Azman Hashim mengharapkanFSF akanmenjadi rujukan utama untuk pembangunan kemahiran kewangan di Asia, meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kepakaran.

Beliau percaya usaha ituakan mengorak laluanuntuk membangunkan program pembelajaran standard dan platform pertukaran pengetahuan di rantau ini.

Kewangan merupakan sektor penting dalam memacu pertumbuhan dan kestabilan ekonomi Malaysia, menyumbang kira-kira6.7 peratus kepada Keluaran Dalam NegaraKasar (KDNK)pada 2023, dengan unjuran pertumbuhan 4.3 peratus bagi 2024.

Pada suku pertama 2024, sebanyak168,832 orangtelah diambil bekerja oleh sektor kewangan.

Langkah melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran yang dituntut adalah penting untuk pertumbuhan dan kemampanan sektor ini.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...