Home Ekonomi Tempuhi Rintangan, Wanita Malaysia Muncul Usahawan Berjaya
Ekonomi

Tempuhi Rintangan, Wanita Malaysia Muncul Usahawan Berjaya

Tempuhi Rintangan, Wanita Malaysia Muncul Usahawan Berjaya

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan Hernan Corporation Sdn Bhd, Datuk Anna Teo (kanan) ketika temu bual eksklusif bersama Livevartha sempena program EY Entrepreneurial Winning Women Asia Pasifik Kelas 2024 baru-baru ini.
Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjayapak Sdn Bhd, Ooi Lay Pheng (kiri).

KUALA LUMPUR, 7 Ogos(Livevartha) — Menciptakejayaan dalam industri didominasilelaki bukanlah mudah, namundua wanita Malaysia yang terpilih untuk program Ernst & Young (EY) Entrepreneurial Winning Women AsiaPasifik Kelas2024 menongkah arus, sekali gus mengorak langkah signifikan dalam dunia keusahawanan.

Datuk Anna Teo, pengasas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan Hernan Corporation Sdn Bhd selama lebih 20 tahun, mengakui bahawa penglibatannya dalam bidang keusahawanan adalah sesuatu yangmencabar, susulanstigma terhadap wanita dalam industri durian masih kuat.

Beliau berkongsi, sukar untuk mendapatkan pembiayaan bagimemulakan syarikatkerana ramai dalam industri durian meragui kemampuan seorang wanita, terutamanya yang tidak mempunyai pengalaman berkaitanpenanaman pokok durian.

"Jika anda ingin memulakan perniagaan dan menceburi bidang keusahawanan, anda perlu bersediadengan rancangan perniagaan yang sangat kukuh. Dari sini, kekal tabah dan pastikan anda menangani setiap halangan. Ingat, apabila anda menceburi perniagaan, tak boleh berpatah balik," katanya kepada Livevartha dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Teo berkata keusahawanan merupakanpembelajaran berterusanyang penuh cabaran.

"Bersedia untuk berdepan ujian dan masa sukar, namun saya selalu beritahu diri sendiri, ‘kau tak bersendirian, ini jalan yang perlu ditempuh untuk menuju kejayaan’,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada EY Malaysia kerana mewujudkanplatform untuk mengumpulkan usahawan wanita berjaya dari Asia Tenggara dan saling menguatkan,di sampingmembolehkannya memperluas rangkaian pelanggan berpotensi.

"Saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada program ini. Kini saya rasa lebih yakin.EY telah banyak membantu saya dalam mendapatkan pelabur dan bimbingan yang betul, serta menghubungkan saya dengan pelanggan berpotensi yang tepat," tambahnya.

Seorang lagi calon, Ooi Lay Pheng yang merupakanCEO perniagaan milik keluarganya Berjayapak Sdn Bhd, berdepan sikap berat sebelah terhadap jantina dan prasangka ketikabeliau mula menceburi industripembungkusan yang lasak.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...