Home Ekonomi Malaysia kumpul US$450 juta dana IPO, tertinggi bagi Bursa Asia Tenggara
Ekonomi

Malaysia kumpul US$450 juta dana IPO, tertinggi bagi Bursa Asia Tenggara

Malaysia kumpul US0 juta dana IPO, tertinggi bagi Bursa Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Livevartha) — Pasaran modal tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia mendahului bursa Asia Tenggara dari segi jumlah dana IPO dikumpul dalam separuh pertama 2024 yang mencecah US$450 juta (US$1 = RM4.49), kata Deloitte.

Dana IPO dikumpul di Malaysia juga menyumbang 33 peratus daripada hasil US$1.4 bilion yang diraih dalam tempoh di bawah kajian itu.

Dalam laporan Tinjauan IPO Pertengahan Tahun Asia Tenggara 2024, Deloitte berkata ini seterusnya diikuti oleh Thailand yang mengumpulkan US$427 juta, Indonesia (US$248 juta), Filipina (US$194 juta), Vietnam (US$37 juta) dan Singapura (US$20 juta).

Selain itu, pasaran modal Asia Tenggara mencatat penurunan IPO baharu iaitu hanya 67 IPO pada enam bulanpertama 2024 berbanding 85 pada tempoh sama 2023.

Deloitte berkata Indonesia menyaksikan IPO baharu terbanyak iaitu 25 dan diikuti Malaysia (21 IPO),Thailand (17 IPO), Filipina(dua IPO) manakala Vietnam dan Singapura masing-masing satu IPO.

Dalam kenyataan berasingan, Rakan Khidmat Nasihat Transaksi Deloitte MalaysiaWong Kar Choon berkata sejak 2018, bilangan penyenaraian baharu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities juga telah melangkaui Pasaran Utama.

“Kami melihat kebanyakan penyenaraian baharu di Pasaran ACE meraih untungdari segi harga saham selepas penyenaraian.

“Apa yang menggalakkan, separuh daripada syarikat ini turut mencatat kenaikan dua digit dalam harga saham masing-masing seminggu selepas IPO.

“Inimenunjukkan penilaian IPO yang munasabah dandisokong lagi oleh mudah tunai pasaran yang mencukupi," katanya.

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...