Tuesday , 24 December 2024
Home Ekonomi Pelan Induk ECER 2025-2030 Untuk Tangani Isu Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara
Ekonomi

Pelan Induk ECER 2025-2030 Untuk Tangani Isu Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara

Pelan Induk ECER 2025-2030 Untuk Tangani Isu Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) –Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) 3.0 (EMP 3.0) untuk tempoh 2025-2030 yang kini dalam proses penyediaan akan menangani semua perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang terbaharutermasuk kekurangan dalam penciptaan pekerjaan dan kekurangan projek infrastruktur utama.

Ketua Pegawai EksekutifMajlis PembangunanWilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)Datuk Baidzawi Che Mat berkata agensi itu komited untuk menangani bidang yang diketengahkan dengan memupuk pertumbuhan ekonomi, menambah baik infrastruktur dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di rantau ini.

“Pelan ini akan menangani semua perkara yang berkaitan dengan penemuan laporan AG dan akan diambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada Livevartha ketika diminta mengulas mengenai laporan yang mengetengahkan beberapa isu termasuk sasaran pekerjaannya yang dicapaidi bawah Pelan Induk ECER yang pertama (EMP 1.0).

Baidzawi berkata ECERDC juga telah menyemak sasarannya di bawah EMP 2.0 dan sentiasa menilai arah aliran pekerjaan semasa dalam kalangan pelabur untuk memastikan sasaran pekerjaan lebih realistik.

Di bawah EMP 1.0, ECERDC melepasi sasaran pelaburan komitedsebanyak RM110 bilion menjelang 2018, mencecah RM111.3 bilion.

Bagaimanapun terdapatkekurangan dalam penciptaan pekerjaan dengan pelaburan sebanyak RM66.6 bilion yang direalisasikan setakat ini atau 60 peratus daripada jumlah komited pelaksanaan program Pembangunan Modal Insan (HCD), agensi itu telah mewujudkan lebih 88,000 pekerjaan dan 27,000 peluang perniagaan berbanding 200,000 pekerjaan yang dijangkakan dan 60,000 peluang perniagaan.

Baidzawi menjelaskan bahawa penggunaan automasi dan peralihan ke arah pelaburan bernilai tinggi menghasilkan jumlahpekerjaan rendah daripada dijangkakan.

"Kami mengakuikekurangan dalam penciptaan pekerjaan, dianggarkan pada awalnya berdasarkan setiap RM1 bilion pelaburan, menjana sebanyak 1,000 pekerjaan," katanya.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS pagi ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 Disember– Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding Dolar AS...

Pines Avenue dan Baris Place 2 capai jualan 100 peratus
Ekonomi

Pines Avenue dan Baris Place 2 capai jualan 100 peratus

BARIS Place 2 di Setia Mayuri terdiri daripada 16 unit lot kedai...

VentureTECH, MTC Orec umum kerjasama percepat pembangunan loji biometan 
Ekonomi

VentureTECH, MTC Orec umum kerjasama percepat pembangunan loji biometan 

PETALING JAYA: VentureTECH Sdn. Bhd. (VentureTECH), sebuah syarikat pelaburan impak, mengumumkan pelaburan...

Dividen ASB 2024 dijangka berada paras 5.3 sen hingga 6.5 sen
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka berada paras 5.3 sen hingga 6.5 sen

MENARA PNBPETALING JAYA: Pakar ekonomi menjangkakan kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB)...