Home Ekonomi Masyarakat Bioinovasi: Bioeconomy Corporation Pertingkat Kesedaran Bioteknologi, Integrasi AI
Ekonomi

Masyarakat Bioinovasi: Bioeconomy Corporation Pertingkat Kesedaran Bioteknologi, Integrasi AI

Masyarakat Bioinovasi: Bioeconomy Corporation Pertingkat Kesedaran Bioteknologi, Integrasi AI

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation) Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak
Credit: Bioeconomy Corporation

Oleh Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR,8Ogos(Livevartha) — Aspirasi bagi menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang2030 kini dilihat sebagai antara agenda penting dalam usaha untuk turut merealisasikan masyarakat bioinovasi,sejajar dengan matlamat Dasar Bioteknologi Negara (DBN) 2.0.

Bagimemastikan matlamat itu tercapai, pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai bioteknologi perlu terus dipertingkatkan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat memahami dan menggunakan teknologi tinggi dalam kehidupan seharian.

Susulan berlangsungnya Pameran Bioekonomi Kebangsaan (NBiOSHOWCASE 2024) baru-baru ini, aspirasi itu perlu terus didukung menerusi penglibatan peserta industri berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development CorporationSdn Bhd (Bioeconomy Corporation) Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak berkata sasaran itu boleh dicapai sekiranya usaha meningkatkan kesedaran dimulakan dari sekarang danberterusan.

Beliau berkata kerajaan menyasarkan setiap individumempunyai pengetahuan mengenaiteknologi tinggi, termasuk bioteknologi.

“Sebenarnya masyarakat kita telahpun menggunakan produk, teknologi atau proses bioteknologi setiap hari tanpa sedarcontohnya makanan harian sehinggalah kepada mesin atau bahan bioteknologi yang digunakan.

“Peningkatan kesedaran itu sendiri adalah proses yang panjang untuk menyedarkan masyarakat bahawa mereka sudah menjadi sebahagian daripada sektor bioteknologi. Apabila mereka tahu betapa pentingnya bioteknologi, mereka akan mula bergerak ke arah kewajipan bioteknologitertentu,” katanya kepada Livevartha baru-baru ini.

Beliau berkata untuk mencapai matlamat itu dalam tempoh enam tahun lagi bukanlah sesuatu yang mustahil.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...