Home Ekonomi Malaysia Siap Sedia Jadi Pengerusi ASEAN Tahun Depan, Memacu Integrasi Serantau
Ekonomi

Malaysia Siap Sedia Jadi Pengerusi ASEAN Tahun Depan, Memacu Integrasi Serantau

Malaysia Siap Sedia Jadi Pengerusi ASEAN Tahun Depan, Memacu Integrasi Serantau

Datuk Ramesh Kodammal

Oleh V.Sankara Subramaniam

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) — Tahun depan semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, ia dijangkamenjadi tempoh transformatif bagi Asia Tenggara, dengan kepimpinannya dijangka memainkan peranan penting memajukan integrasi serantau dan menangani cabaran global.

Pengerusi Majlis Perniagaan ASEAN-India (Malaysia)Datuk Ramesh Kodammal menekankan kedudukan strategik Malaysia sebagai aset utama.

Beliau berkata peranan Malaysia sebagai pengerusi akan meningkatkan hubungan ASEAN dengan rakan dialog utama, terutamanya China dan India, yang merupakan dua pasaran kritikal bagi rantau ini.

"Kepimpinan Malaysia sebagai pengerusi perkumpulan negara-negara Asia Tenggara ini akan mengetengahkan bidang-bidang penting seperti kerjasama maritim, rantaian bekalan dan rantaian nilai, memacu peralihan dasar yang ketara ke arah integrasi serantau yang lebih mendalam," kata Ramesh kepada Livevartha.

Semasa ASEAN bergerak ke arah memuktamadkan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 bersama dengan pelan strategik dan matlamat ketersambungannya, kepimpinan Malaysia dijangka memangkin kemajuan bermakna dalam kerjasama dan integrasi ekonomi serantau.

“Pada 2025, semasa menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN, Malaysia akan berada pada kedudukan yang strategik untuk memajukan infrastruktur mampan dan inisiatif ekonomi digital, yang semakin mendapat tarikan di seluruh rantau ini,” katanya.

Beliau berkata sebagai pengerusi ASEAN Malaysia juga akan memperjuangkan inisiatif ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP).

“Dengan mempromosikan AOIP melalui projek konkrit dan memupuk kerjasama dalam bidang seperti keselamatan maritim dan ketersambungan, Malaysia berhasrat untuk membina kepercayaan dan manfaat bersama dalam rangka kerja yang diterajui ASEAN,” katanya.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...