Home Ekonomi Malaysia Berpotensi Raih Pasaran Ekonomi Penjagaan Bernilai US$25.5 Bilion — Hanifah Hajar
Ekonomi

Malaysia Berpotensi Raih Pasaran Ekonomi Penjagaan Bernilai US$25.5 Bilion — Hanifah Hajar

Malaysia Berpotensi Raih Pasaran Ekonomi Penjagaan Bernilai US.5 Bilion — Hanifah Hajar

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (Kredit: Kementerian Ekonomi)

Kredit: Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) — Ekonomi Penjagaan(silver economy) sedang mengalami pertumbuhan yang besar di rantau Asia Tenggara denganMalaysia berpotensi meraihpasaran bernilai kira-kira US$25.5 bilion daripadaindustri tersebut,kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Beliau berkata Malaysia harus melihat penuaan populasi sebagai peluang ekonomi dengan memanfaatkan sektor ekonomi baharu seperti ekonomi penjagaan untuk meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti masyarakat secara keseluruhan.

“Peratus potensi pasaran dunia yang boleh diteroka daripada trend penuaan populasi adalah sebanyak US$4.56 trilion pada 2025.

“Pelbagai industri di Malaysia berpotensi untuk mendapat manfaat daripada rantaian ekonomi penjagaandengan mengambil kira permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya ketika merasmikanSeterra Dialogue 2024 (SeDIA24) Persidangan Kebangsaan Penjagaan 2024,di sini,hari ini.

Hanifah Hajarberkataindustri baharu itu berpotensi merangkumi pelancongan penjagaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang, bekalan peralatan perubatan serta teknologi perubatan yang menggunakan kecerdasan buatan dan robotik.

“Saya menjemput lebih banyak syarikat swasta untuk terlibat dalam pembangunan produk dan penyelesaian dalam segmen warga emas serta ekonomi penjaga ini,” katanya.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh Bina Darulaman Berhad dengan kerjasama Kumpulan syarikat Seterradan MY Iskandar Sdn Bhd.

Sementara ituKumpulan Syarikat Seterra dalam satu kenyataanberkata persidangan sehari itujuga menampilkandua forum penting bertajuk “Integrating the Care Economy into National Development” (Menyepadu Ekonomi Penjagaan kepada Pembangunan Nasional) dan “Empowering Private Sector Synergies in the Care Economy” (Memperkasa Sinergi Sektor Swasta dalam Ekonomi Penjagaan) yang disertai ahli panel terkemuka daripada pelbagai pemegang taruh.

Menurut syarikatitu, persidangan tersebut akan memberi peluang untuk memahami kepentingan ekonomi penjagaan dan potensi pertumbuhan aktiviti pelaburan dalam industri berkaitan di Malaysia.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...