Friday , 20 September 2024
Home Pasaran Pasaran Getah Malaysia Dijangka Lembap Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Lembap Minggu Depan

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Lembap Minggu Depan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Livevartha) — Pasaran getah tempatan dijangka mengalami permintaan hambar minggu depan manakalaharga mungkin berjajaran kecil dengan kecenderungan tinggi sedikit, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata keadaan cuaca yang tidak menentu di kawasan pengeluar getah akan menjejaskan pengeluaran sekali gus mendorong aktiviti pengisian semula stok.

“Ini akan mendorong kenaikan harga berikutan bekalan mungkin berkurangan," katanya kepada Livevartha.

Beliau juga berkata gangguan penghantaran susulan krisis berterusan di Laut Merah, serta situasi geopolitik semasa, telah menjejaskan rantaian bekalan.

Low berkata keadaan itu mungkin menyebabkan harga komoditi tidak menentu kerana pertempuran berterusan di Laut Merah terus mengganggu laluan perkapalan.

“Ada permintaan stok yang sekali-sekala dan meningkat, dan peniaga perlu berhati-hati kerana penggunaan kekal lembap,” katanya.

Beliau berkata permintaan dan harga komoditi hanya boleh meningkat apabila perniagaan dan industri stabil.

Sementara itu, Lembaga Getah Malaysia (LGM) menjelaskan peniaga akan menyemak data inflasi utama Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada Jumaat (26 Julai) untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai pengurangan kadar faedah selain memantau geopolitik di Timur Tengah.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...