Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, sejajar dengan pergerakan harga emas COMEX.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Kelvin Wong memberitahu Livevartha, terdapat korelasi langsung antara harga emas dengan kemungkinan Donald Trump akan memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau mengaitkan hubungan itu dengan dasar fiskal Trump, khususnya pemotongan cukai korporat yang ketara, yang merupakan sebahagian daripada agenda ekonominya yang dikenali sebagai "Trumponomics";.

"Ini adalah baik untuk emas, bertindak sebagai pelindung nilai semasa penguasaan fiskal yang mungkin menyebabkan peserta pasaran mempersoalkan kedudukan kredit dan kesolvenan kerajaan AS,” kata Wong.

DariJumaat ke Jumaat, kontrak Julai 2024 tidak berubah dan berada pada US$2,372.40 setiap auns troy.

Kontrak untuk Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditambat pada US$2,385.80 berbanding US$2,434.10 setiap auns troysebelum ini.

Jumlah dagangan menokok kepada 110 lot berbanding 107 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 53 kontrak daripada 36 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,364.20 setiap auns troy, berdasarkan penetapan petang Persatuan Pasaran Bullion London pada 25 Julai.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –Pasaran getah...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha)...