Friday , 20 September 2024
Home Pasaran Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Livevartha) — Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin, tetapi prospek jangka pendek untuk mata wang tempatan itu kekal baik dengan jangkaan penurunan kadar faedah olehAmerika Syarikat (AS) mendapat momentum, kata ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.6550/6610 berbanding dolar AS daripada 4.6550/6605 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan akan diberikan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 30-31 Julai ini dan pasaran mengunjurkan penurunan kadar faedaholeh Rizab Persekutuan AS.

“Kita akan menyaksikan sokongan seterusnya untuk ringgit hari ini,”katanya.

Mohd Afzanizam berkata pasaran memantau langkah Bank of Japan yang seterusnya berikutan ia memulakan tindakan pengetatan kuantitatif.

“Keputusan dasar monetari mereka adalah pada 31 Julai. Jepun dilihat lambat dari segi mengetatkan monetari,”katanya.

Sementara itu,mata wang tempatan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding euro kepada 5.0516/0581 daripada 5.0530/0590 pada Jumaat lepas dan tinggi berbanding pound kepada 5.9887/9964 daripada 5.9901/9971 minggu lepas, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada3.0200/0241 daripada 3.0176/0214 sebelum ini.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...