Thursday , 26 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Walaupun Prestasi Wall Street Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Walaupun Prestasi Wall Street Bercampur-campur

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Walaupun Prestasi Wall Street Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih tinggiwalaupun prestasi semalaman Wall Street di Amerika Syarikat (AS) sebaliknya bercampur-campur.

Ini berikutan peniaga di pasaran asing itu lebih berhati-hati menjelang pengumuman pendapatan saham wajaran tinggi teknologi, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC)dan data tenaga kerja negara maju itu pada minggu ini.

Pada9.18 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.25 mata kepada 1,628.81 daripada 1,624.56 di akhir dagangan semalam.

Indeks berkenaan dibuka naik0.22 mata kepada 1,624.78.

Bagaimanapun di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 248 berbanding 222 dengan 355 kaunter tidak berubah, 1,660 tidak diniagakan dan 89 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak398.28 juta unit bernilai RM166.31 juta.

Sementara itu,Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga akan terus mengikuti rapat mesyuarat FOMC selama dua hari yang akanmenentukan arah kadar faedah pada masa hadapan.

Setakat pagi ini, ramai pihak masih berpegang kepada jangkaan AS menurunkan kadar faedahpada September 2024.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha)–Ringgit dibuka lebih...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 24 Dis(Livevartha) — Ringgit mengekalkan trajektori...