Thursday , 26 December 2024
Home Pasaran Ringgit Ditutup Hampir Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Bulan
Pasaran

Ringgit Ditutup Hampir Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Bulan

Ringgit Ditutup Hampir Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Bulan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 30 Julai(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi hari ini meneruskan aliran meningkatnya bagi tujuh hari dagangan berturut-turut susulan keyakinan positifAmerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya tidak lama lagi, kata seorang penganalisis.

Pada6 petang, Ringgit melonjak hampir ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada4.6200/6235 berbanding dolar AS daripada paras penutup4.6350/6375 pada Isnin.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed AS) Jerome Powell juga menyatakan bahawa penurunan kadar boleh berlaku dan tidak perlu menunggu inflasi berada di bawah sasaran 2.0 peratus.

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan AS yang berlangsung selama dua hari pada akhir Julai akan menentukan hala tuju kadar faedah pada masa hadapan.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mesyuarat FOMC akan bermula malam ini, dengan konsensus menjangkakan tiada perubahan dalam Kadar Dana Persekutuan.

“Ahli-ahli FOMC dijangka berbincanguntuk memulakan usahapelonggaran monetari bagimenanganijangkaan pasaran.

"Ini penting kerana Fed juga ingin meyakinkan pasaran bahawa ekonomi bersedia untuk berdepan dengan pertumbuhan perlahan," katanya kepada Livevartha.

Justeru,mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit dijangka mendapat sokongan susulan kemungkinan peralihan tumpuan Fed untuk mengekalkanpertumbuhan memandangkan trend disinflasi yang berterusan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka...

Ringgit Ditutup Hampir Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Bulan
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha)–Ringgit dibuka lebih...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 24 Dis(Livevartha) — Ringgit mengekalkan trajektori...