Home Pasaran Ringgit Meningkat Kepada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 11 Bulan Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Meningkat Kepada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 11 Bulan Berbanding Dolar AS

Ringgit Meningkat Kepada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 11 Bulan Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) –Ringgit meneruskan aliran meningkat dan ditutup di paras tertinggi dalam tempohhampir 11 bulan pada RM4.58 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Penganalisis berkata prestasi itu didorong oleh keputusan Bank of Japan (BOJ) untuk menaikkan kadar faedah serta penurunan Kadar Dana Persekutuanoleh Rizab Persekutuan AS (Fed) yang mungkin dilaksanakan pada September.

Pada 6 petang, ringgit melonjak 315 mata asas kepada 4.5885/5925 berbanding dolar AS daripada 4.6200/6235 ketika ditutup semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata tindakanBOJ itu menandakan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi Jepun dan boleh menaikkan keyakinan pelabur terhadap mata wang negara Asia jika sentimen positif meluas ke pasaran global.

“Ini akan membawa kepada pengukuhan ringgit yang berterusan.

“Prestasi penutupan dagangan lebih tinggi di majoriti pasaran Asia hari ini adalah bukti bahawa pelabur kini mula bergerak menumpukan pasaran pesat membangun di Asia,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Sedek berkata kadar faedah yang menarik di Jepun mungkin menggalakkan pelabur untuk mencari hasil yang lebih tinggi di pasaran lain,termasuk di negarapesat membangunseperti Malaysia.

“Apabila pelabur mempelbagaikan portfolio mereka, aliran masuk modal ke dalam aset Malaysia boleh mengukuhkan lagi ringgit,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI...

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — FTSE Bursa...

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...