Home Pasaran Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS, Hampir Kepada Paras Tertinggi Dalam 11 Bulan
Pasaran

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS, Hampir Kepada Paras Tertinggi Dalam 11 Bulan

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS, Hampir Kepada Paras Tertinggi Dalam 11 Bulan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Livevartha) — Ringgit dibuka lebih kukuh pada Khamis, meneruskan trajektori meningkat sembilan harinya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan berlegar hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan.

Prestasi itu dicatatkan apabilajangkaan pelabur terhadap pengurangan kadar faedah ASpada September diperkukuh susulan mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS(FOMC) berakhirsemalam.

Pada8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.5875/5945 berbanding dolar AS daripada 4.5885/5925 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua AhliEkonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan terus meningkat dan pada masa samaIndeks Dolar AS susut0.49 peratus kepada 104.042 mata.

“Hasil Perbendaharaan AS berjangkadua tahundan 10 tahun masing-masingsusut lagi10 dan 11 mata asas kepada 4.26 peratus dan 4.03 peratus.

“Ini berlaku apabila kenyataan FOMC menunjukkan Fed (Rizab Persekutuan AS)menjadi lebih berhati-hati dengankeadaan ekonomi dan mungkin mahu mengalihkan tumpuan ke arah mengekalkan pertumbuhan,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkatamata wang negara yang sedang pesat membangun lain termasuk ringgit dijangka mengekalkan kecenderungan meningkat.

Yen Jepun juga mengukuh berbanding dolar AS selepasBank of Japan memutuskankadar dasar mereka dinaikkansebanyak 15 mata asas semalam, katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannyaberbanding beberapamata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI...

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — FTSE Bursa...

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...