Home Pasaran Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi hampir setahun
Pasaran

Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi hampir setahun

Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi hampir setahun

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Livevartha) — Ringgit meneruskan lonjakan ketaranya pada Khamis apabila ditutup pada 4.5675, paras tertinggi dalam tempoh hampir setahun selepas mengukuh berbandingdolar Amerika Syarikat (AS)selama sembilan hari berturut-turut.

Pakar menyifatkan perkembangan itu sebagai reaksi pasaran yang positif terhadap kenyataan terbaharu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.

Pada6 petang ini, ringgit melonjak 210 mata asas kepada 4.5675/5710berbanding dolar AS daripada 4.5885/5925 pada akhir urus niagaRabu.

Paras tertinggi ringgit berbanding dolar AS sebelum ini adalah 4.5865/5895 yang dicatat pada 11 Ogos, 2023.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meneruskan momentum peningkatannya susulan potensi penurunan kadar faedah AS terus ketaraselepas mesyuarat FOMC, malam tadi.

Ini berikutan laporan yang menyatakan FOMC telah mengekalkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada julat5.25-5.50 peratus.

“Mungkin jugapasaran menyedari bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengurangkan kadar dasar utama itu kerana perlu mengalihkan tumpuan mengekalkan pertumbuhan susulan inflasi yang diunjur cenderung ke arah 2.0 peratus.

“Berikutan itu, dua penurunan kadar faedah itu boleh dilaksanakan berdasarkan jangkaan pasaran," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI...

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — FTSE Bursa...

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...