Home Pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi pasaran serantau
Pasaran

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi pasaran serantau

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi pasaran serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan jualan meluas, seiring dengan kemerosotan bursa serantau apabila pelabur terus berhati-hati dengan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang perlahan dan jangkaan kenaikan kadar yang seterusnya di Jepun.

Sentimen negatif pada masa ini turut dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah baru-baru ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 13.20 mata atau 0.81 peratus kepada 1,611.05 daripada 1,624.25 semasa ditutup semalam.

Petunjuk pasaran dibuka rendah 4.94 mata kepada 1,619.31 dan bergerak antara 1,607.75 dan 1,619.31 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,316 berbanding 155, dengan 267 kaunter tidak berubah, 680 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan menokok kepada 5.17 bilion unit bernilai RM3.98 bilion daripada 3.51 bilion unit bernilai RM2.71 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur mengambil pendekatan berhati-hati memandangkan sektor pembuatan AS merosot untuk bulan keempat berturut-turut pada Julai, dengan kadar faedah tinggi terus menjejaskan permintaan pesanan baharu.

“Seluruh perhatian kini tertumpu kepada laporan senarai gaji bukan ladang yang dikeluarkan lewat malam ini, yang dijangka menggariskan pandangan penting mengenai pasaran buruh AS dan keadaan ekonomi keseluruhan.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 11 April (Livevartha) — Ringgit...

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal
Pasaran

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 10 April (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh, Dolar AS Lemah Selepas Trump Tangguh Tarif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 10 April (Livevartha)– Ringgit memulakan urus...

Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 10 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...