Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Terus Alami Pergerakan Kecil Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Terus Alami Pergerakan Kecil Minggu Depan

Bursa Malaysia Dijangka Terus Alami Pergerakan Kecil Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka terus mengalami pergerakan kecil dengan kecenderungan menurun minggu depan, berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lembap berbanding jangkaan serta pengangguran lebih tinggi masih ada.

Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata pelabur akan meneliti data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan ISM di AS Isnin depan.

“Di peringkat domestik, tumpuan utama akan diberikan kepada Indeks Jumlah Perdagangan Borong dan Runcit bagi suku kedua 2024 (8 Ogos), dan Indeks Pengeluaran Perindustrian serta Laporan Statistik Tenaga Buruh bagi Jun 2024 pada 9 Ogos.

“Kami menjangkakan risiko penurunan muncul sekiranya ketiadaan pemangkin baharu, manakala faktor luaran mungkin terus menjejaskan prestasi indeks utama,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata secara teknikal, FBM KLCI telah membentuk satu lagi corak lilin yang lemah apabila FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus susut ke arah 1,600 mata pada Jumaat.

“Kami mengekalkan unjuran FBM KLCI dengan cenderung menurun ekoran indeks utama dilihat berada dalam aliran ke arah paras sokongan jangka masa terdekat iaitu 1,580. Rintangan dilihat pada 1,630,” katanya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng turut senada bahawa Bursa Malaysia mungkin kekal dalam keadaan tidak banyak berubah namun dengan kecenderungan meningkat minggu depan.

Beliau berkata ini memandangkan hala tuju pasaran tempatan bagi jangka masa panjang kekal positif.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 11 April (Livevartha) — Ringgit...

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal
Pasaran

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 10 April (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh, Dolar AS Lemah Selepas Trump Tangguh Tarif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 10 April (Livevartha)– Ringgit memulakan urus...

Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 10 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...