Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini seiring prestasi pasaran serantau menjelang pengumuman Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Bukan Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini dan tuntutan pengangguran AS pada Khamis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 44.38 mata atau 2.75 peratus kepada 1,566.67 daripada 1,611.05 semasa ditutup pada Jumaat.

FBM KLCI dibuka rendah 17.69 mata kepada 1,593.36 — paras tertingginya setakat hari ini — sebelum menyusut kepada 1,563.18 semasa sesi dagangan pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,526 kepada 61 manakala 161 kaunter tidak berubah, 657 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 4.97 bilion unit bernilai RM3.58 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota hari ini berkata banyak tekanan jualan dijangkakan di pasaran tempatan dan menjejaskan sektor teknologi berikutan prestasi lemah pasaran saham AS.

“Bagaimanapun, kami berpandangan fasa pengumpulan adalah dijangkakan untuk sektor pembinaan, bahan binaan, hartanah dan utiliti dalam keadaan pemangkin infrastruktur dan pusat data menjelang musim pelaporan prestasi kewangan pendapatan,” katanya.

Firma pembrokeran itu berkata, peniaga mungkin memburu saham berkaitan emas dengan menjangkakan persekitaran kitaran menurun kadar faedah.

“Selain itu, segmen kewangan mungkin menarik dana asing pada masa ini,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...