Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian, IK Naik 2.46 Peratus
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian, IK Naik 2.46 Peratus

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian, IK Naik 2.46 Peratus

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia kembali ke zon positif selepas ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aktiviti belian saham-saham yang berharga rendah.

Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah pemulihan di kebanyakan pasaran saham serantau selepas diasak prestasi merudum dalam sesi dagangan semalam, kata peniaga.

Pasaran Nikkei 225 Jepun melonjak3,217.04 mata atau 10.23peratus kepada34,675.46 berbanding prestasi menjunam lebih 4,000 mata yang juga prestasi terburuknya sejak 1987.

Indeks Komposit SSE Shanghai menokok 0.23peratus kepada2,867.28 manakala Indeks Komposit IDX Indonesia naik 1.31peratus kepada7,151.80.

Pada 5 petang, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 37.91 mata atau 2.46peratus ke paras tertinggi intra harian 1,574.39 berbanding 1,536.48 pada penutup semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 5.66 mata kepada 1,542.14 namun susut ke paras intra harian terendah 1,529.09 sebelum bergerak dalam trajektori meningkat bagi tempoh berbaki dagangan.

Di pasaran meluas,kaunter untung mengatasi rugi iaitu 1,083 berbanding 309 manakala 348 kaunter tidak berubah, 665 tidak didagangkan dan tujuh yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susutkepada 6.39 bilion unit bernilai RM5.31 bilion daripada 9.26 bilion unit bernilai RM7.97 bilion pada Isnin.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 11 April (Livevartha) — Ringgit...

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal
Pasaran

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 10 April (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Trump Tangguh Tarif 90 Hari
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh, Dolar AS Lemah Selepas Trump Tangguh Tarif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 10 April (Livevartha)– Ringgit memulakan urus...

Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Pasaran

Penangguhan Tarif AS Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 10 April(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...