Home Pasaran Ringgit Akhiri Kenaikan Sebelum Ini Untuk Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Akhiri Kenaikan Sebelum Ini Untuk Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit Akhiri Kenaikan Sebelum Ini Untuk Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) — Ringgit merosot daripada kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat semula.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4725/4770 berbanding dolar AS daripada 4.4240/4305 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat bahawa pasaran kewangan global masih belum stabil berikutan kebimbangan mengenai potensi kemelesetan yang akan terus menjadi tumpuan.

“Mungkin terdapat kecenderungan untuk permintaan terhadap dolar AS meningkat berikutan peniaga mencari kestabilan dalam mata wang selamat.

“Pada masa ini, ringgit akan berada hampir kepada paras halangan pada 4.4960 berikutan kebimbangan mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) yang akan menyebabkan permintaan tinggi untuk dolar AS,”katanya kepada Livevartha.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, walaupun tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.0879/0914 daripada 3.1067/1117 pada Isnin.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.6837/6894 daripada 5.6379/6462 dan rendah berbanding euro kepada 4.8799/8849 daripada 4.8434/8505 sebelum ini.

Begitu juga, mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI...

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 31 Mei (Livevartha) — FTSE Bursa...

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...