Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini.
BAGAN DATUK, 28 Julai (Livevartha) — Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu bekerja keras bagi menangani persepsinegatif yang dilempar musuh politiknya terhadap parti itu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu berkata jika persepsi berkenaan tidak ditangani, ditangkisdan diperjelaskan ia akan terus melekat di minda rakyat.
“Kita belajar daripada pengalaman dalam PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), bahawa persepsi sengaja dilemparsebagai satu propaganda,bukan hanya untukmenjatuhkan seseorang itu dari politik malah parti yang dipimpinnya, inilah yang berlaku kepada BN dan UMNO,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk 2024 di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata ahli UMNO perlu menularkan gambaran sebenar mengenai apa yang dilakukan oleh parti itu, kerana penerimaan rakyat terutama netizen terhadap parti itu bergantung kepada berapa banyak persepsi yang sampai kepada mereka.
“Jika negatif (persepsi) yang banyak dilempar, maka negatiflah yang akan menguasai minda dan jiwa netizen terutama mereka yang anti pembangunan,” katanya.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menyeru ahli untuk menggunakan kuasamedia sosial secara sepenuhnya, kerana tidak dapat dinafikan teknologi maklumat memberikan impak lebh besar kepada masyakat terutama netizen.
Malah Ahmad Zahid berkata ketika ini, persepsi negatifbukan perlu diurus hanya oleh BN dan UMNO malah parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, supaya persepsi negatif boleh diubah menjadi positif.
Beliau malah berkata tiada sebarang perubahan sejak PRUlalu, yang persepsi negatif terus dilemparkan oleh seteru politik yang menanam kebencian dan prasangka buruk terhadap pemimpin dan kerajaan.
“Justeru kita tidak boleh mengharapkan pihak lain mengubahnya untuk kita, melainkan kita dalam parti komponen dalam kerajaan,” katanya.
Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan dan sijil penghargaan kepada 83 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di Parlimen Bagan Datuk.
— Livevartha