Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Nenggiri pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) di Pejabat Umno Bahagian Gua Musang hari ini.
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperkenalkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Nenggiri pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) di Pejabat Umno Bahagian Gua Musang hari ini.
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
GUA MUSANG, 29 Julai (Livevartha) — Nenggiri akan berubah wajah dalam tempoh setahun jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos depan.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiberkata ini kerana kerusi DUN Nenggiri perlu kembali kepada BN dan isu pembangunan di kawasan itu akan terjaga jika gabungan politik berkenaan menang pada PRK tersebut.
“Oleh itu, saya meminta pengerusi agensi masing-masing memainkan peranan dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
“Pelbagai usaha dilakukan oleh semua agensi terutamaKESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) dan FELDA yang banyak membangunkan kemajuan di Kelantan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN di pejabat UMNO Bahagian Gua Musanghari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata penduduk perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana banyak membantu pembangunan di Kelantan.
Beliau berkata jentera BN perlu bekerja keras bagi membantu meraih undi pada PRK itu dan gabungan politik berkenaan menawan kembali DUN Nenggiri.
“Saya memberi jaminan bahawa Nenggiri akan berubah wajah dan saya sendiri akan membantu calon BN iaitu Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani untukmerealisasikan perkara itu.
“Setakat ini di Kelantan, kita hanya memiliki dua wakil rakyat iaitu DUN Kota Lama yang diwakili Pakatan Harapan serta DUN Galas diwakili BN dan itu, BN perlu merampas Nenggiri kembali,” katanya.
Mengulas mengenai calon BN iaitu Mohd Azmawi Fikri, Ahmad Zahid berkata Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu dipilih kerana memenuhi kriteria yang ditetapkanselain menjadi pilihan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Mohd Azmawi pula mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Zahid dan Tengku Razaleigh kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk bertanding pada PRK berkenaan.
“Saya tidak mencari kejayaan peribadi sebaliknya saya ingin menabur bakti kepada rakyat di DUN Nenggiri dengan izin Allah, kejayaan ini adalah untukparti dan kejayaan kita semua,” katanya.
— Livevartha