Friday , 20 September 2024
Home Politik Bekas Anggota TLDM Calon PN Bagi PRK Nenggiri
Politik

Bekas Anggota TLDM Calon PN Bagi PRK Nenggiri

Bekas Anggota TLDM Calon PN Bagi PRK Nenggiri

fb Perikatan Nasional

GUA MUSANG, 29 Julai (Livevartha) — Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mohd Rizwadi Ismail dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata Mohd Rizwadi, 41,yang merupakan ahli Bersatu dipilih berdasarkan bilangan pengundi di Nenggiri yang majoritinya adalah belia.

"Mohd Rizwadi merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang akan bertanding menggunakan logo PAS,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PN bagi PRK berkenaan di Masjid Hijau, Renok, di sini hari ini.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian Bersatu pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...