Friday , 22 November 2024
Home Politik PRK Nenggiri : Prestasi Mohd Azmawi Fikri Dipantau Kepimpinan Tertinggi UMNO – Ahmad Zahid
Politik

PRK Nenggiri : Prestasi Mohd Azmawi Fikri Dipantau Kepimpinan Tertinggi UMNO – Ahmad Zahid

PRK Nenggiri : Prestasi Mohd Azmawi Fikri Dipantau Kepimpinan Tertinggi UMNO – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melancarkan Pelan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Sungai Asap di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Sungai Asap.

GUA MUSANG, 30 Julai (Livevartha) — Kepimpinan tertinggi UMNO akan melakukan pemantauan berterusan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu, untuk pergike setiap kawasan di Nenggiri dan mengenal pasti keperluan rakyat.

“Saya berharapapabila pengundi di Nenggiri nanti memilih Awie (Mohd Azmawi Fikri) sebagai ADUN kita, sebagai wakil rakyat baru kita, saya akan memantauprestasi beliau.

“Selain itu, saya juga telah mengarahkan beliau untuk turun ke bawah setiap pelusuk pergi kampung, setiap kawasan KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan), setiap kawasan Orang Asli, setiap kampung tradisi (dan) kawasan FELDA, untuk sama-sama menekuni keperluan rakyat. Jangan duduk di tempat yang berhawa dingin sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikiansemasa majlis pelancaran Pelan Pembangunan, Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Asap, KESEDAR, Gua Musang, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid melahirkan keyakinan bahawa Mohd Azmawi Fikri akan bekerja kerasuntuk menyantuni keperluan rakyat di Nenggiri.

“Sekiranya saya mendapat tahu beliau (Mohd Azmawi Fikri) tidak bekerja dengan kuat, maka sepenggal sahajalah beliau menjadi ADUN dan saya akan pastikan itu,” katanya dan akan memantau kesemua Pusat Daerah Mengundi untuk memastikan Mohd Azmawi itu mencapai kemenangan pada PRK DUN Nenggiri.

Pada 19 Jun Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong, selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK DUN Nenggiri pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos pula ialah hari mengundi.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...