Friday , 20 September 2024
Home Politik Gagal Serah Surat Balas Rasmi, Nasib ADUN Rembia Ditentukan Minggu Depan
Politik

Gagal Serah Surat Balas Rasmi, Nasib ADUN Rembia Ditentukan Minggu Depan

Gagal Serah Surat Balas Rasmi, Nasib ADUN Rembia Ditentukan Minggu Depan

MELAKA, 1 Ogos (Livevartha) — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Ibrahim Durum akan mengadakan perbincangan bersama pegawai undang-undang kerajaan negeri minggu depan berhubung ‘nasib’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Beliau berkata tindakan itu diambil selepas Muhammad Jailani gagal menyerahkan surat balas rasmi dalam tempoh dua minggu berhubung tindakan beliau menyertai PAS.

“Tempoh menyerahkan surat balas rasmi berkenaan tamat petang tadi… saya akan mengadakan mesyuarat minggu depan sejurus pulang dari lawatan kerja di Australia pada 8 Ogos ini,” katanya ketika dihubungi Livevartha malam ini.

Pada 16 Julai lepas, Setiausaha Agung PAS yang juga Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam sidang media di bangunan Parlimenmengesahkan Muhammad Jailani,yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO, telah diterima menjadi ahli parti itu pada 10 Jun 2023.

Takiyuddin mendakwatindakan Muhammad Jailani tidak dianggap sebagai lompat parti kerana Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan perkara itu diluluskan pada 31 Julai 2023selepas ADUN Rembia itu menyertai PAS.

Berdasarkan surat Lembaga Disiplin UMNO bertarikh 28 Ogos 2023, Muhammad Jailani didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana sengaja hadir ke majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Keahlian Muhammad Jailani dalam UMNO digantung selama enam tahun.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...