Friday , 22 November 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 13 Ogos
Politik

PRK Nenggiri: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 13 Ogos

PRK Nenggiri: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 13 Ogos

Ketua Jajahan Gua Musang Nik Raisnan Daud

GUA MUSANG, 2 Ogos (Livevartha) — Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), 13 Ogos ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Nenggiri Nik Raisnan Daud berkata kesemua 14 anggota polis yang sepatutnya mengundi awal pada PRK itu akan mengundi secara pos.

"Tiada pengundian awal akan dibuka di Balai Polis Bertam pada 13 Ogos depan kerana kesemua anggota yang terlibat telah memohon untuk mengundi secara pos.

"Hal ini disebabkan kesemua anggota polis ini akan bertugas sepanjang proses PRK DUN Nenggiri berlangsung," katanya ketika dihubungi Livevartha, hari ini.

Nik Raisnan berkata kertas undi pos perlu diserahkan kepada SPR sebelum4 petang pada hari mengundi,17 Ogos ini.

PRK berkenaandiadakan susulan kekosongan kerusi diumumkanSpeaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepasbekas Ahli DUN ituMohd Azizi Abu Naimdigugurkankeahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

Esok adalah hari penamaan calon bagi PKR berkenaan.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 18 Jun, seramai 20,259 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu, membabitkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...