Friday , 20 September 2024
Home Politik BN Fokus Isu Tempatan Di PRK Nenggiri – Ahmad Zahid
Politik

BN Fokus Isu Tempatan Di PRK Nenggiri – Ahmad Zahid

BN Fokus Isu Tempatan Di PRK Nenggiri – Ahmad Zahid

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (duduk, dua, kiri) ketika sidang media selepas menghantar borang percalonan di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN N.43 Nenggiri yang bertempat di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG, 3 Ogos (Livevartha) –Barisan Nasional (BN) akan memberi fokuskepada isu masyarakat setempatdi Nenggiri dengan bantuan jentera Pakatan Harapan (PH), sepanjang kempenPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata jentera parti yang diselaras Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK berkenaan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, akan menyasarkan kesemua 20 pusat daerah mengundi (PDM) untuk menyantuni masyarakat setempat.

“Sama ada pengundi itu dari kampung tradisi, Orang Asli, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) atau Felda, kita akan lakukan sesuatu yang sangat terbaik pada (PRK) kali ini.

“… isu nasional jika ada pun akan diberi penjelasan oleh jentera parti di setiap peringkat,” katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, di sini, hari ini.

PRK berkenaanmenyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata Mohd Azmawi Fikri atau lebih dikenali sebagai Awi bukan sahaja mewakili semua pengundi Nenggiri, malah membawa suara generasi muda di seluruh daerah Gua Musang.

“Kita tahu mereka di bawah umur 40 tahun merupakan majoriti pengundi di Nenggiri, jadi saudara Awi bukan hanya mewakili penduduk tetapi juga mewakili generasi muda,” katanya.

Ahmad Zahid berkata walaupun kemenangan BN tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Kelantan diterajui PAS, yang menang 43 daripada 45 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas, namun katanya PRK berkenaan sangat signifikan bagi BN dan rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau yakin pengundi Nenggiri cukup matang untuk membuat keputusan setelah melalui dua pilihan raya sebelum ini, iaitu Pilihan Raya Umum Ke-15 dan PRN.

“Saya fikir memandangkan ia tidak menjejaskan kerajaan negeri, eloklah Nenggiri ini diberikan kepada calon BN untuk meraih kemenangan,” katanya secara berseloroh sambil meluahkan keyakinan penyokong BN akan terus memberi sokongan di bawah kepimpinan Tengku Razaleigh.

PRK berkenaan diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada PRNKelantan Ke-15 tahun lepas, Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo PAS menewaskan calon BN Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...