Wednesday , 13 November 2024
Home Politik 12 Cawangan Bersatu Gua Musang Tutup, 480 Ahli Sertai UMNO – Ahmad Zahid
Politik

12 Cawangan Bersatu Gua Musang Tutup, 480 Ahli Sertai UMNO – Ahmad Zahid

12 Cawangan Bersatu Gua Musang Tutup, 480 Ahli Sertai UMNO – Ahmad Zahid

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan penyerahan borang keahlian UMNO yang disampaikan oleh Bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin (kiri) kepada Pengerusi Barisan Nasional Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub (kanan) pada Program bertemu pengundi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jerek di Dewan Kampung Jerek hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 3 Ogos (Livevartha) — Sebanyak 12 cawangan Bersatu di Gua Musang ditutup sepenuhnya, selepas 480 ahli di kesemua cawangan itu bertindak keluar parti dan menyerahkan borang keahlian UMNO, hari ini.

Borangkesemua ahli berkenaan diserahkanbekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang Che Ariffin Hussin kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan keputusan mereka meninggalkan Bersatu adalah kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang memilih bekas ahli PAS sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mewakili Perikatan Nasional (PN).

"Pemilihan Mohd Rizwadi Ismail yang merupakan bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang sebagai calon ialah taktik mengelirukan pengundi," katanya pada sidang media selepas menerima borang keahlian berkenaan ketikaprogram bertemu pengundi di Dewan Kampung Jerekdi sini.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil PNMohd Rizwadi yang bertanding menggunakan logo PAS.

Sementara itu, Che Ariffin mengesahkandengan keputusan 480 ahli Bersatu itu keluar parti dan menyertai UMNO, kesemua 12 cawangan parti itu kini ditutup sepenuhnya.

"Saya kira semua (cawangan) itu sudah kosong," katanya pada sidang media.

PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak diadakan, selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos kerana keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.

Kerusi DUN Nenggiri mempunyai 20,259 pemilih berdaftar, melibatkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...