Sunday , 24 November 2024
Home Politik Kekosongan Kerusi DUN Mahkota Dimaklum Kepada SPR – Speaker DUN Johor
Politik

Kekosongan Kerusi DUN Mahkota Dimaklum Kepada SPR – Speaker DUN Johor

Kekosongan Kerusi DUN Mahkota Dimaklum Kepada SPR – Speaker DUN Johor

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

JOHOR BAHRU, 4 Ogos (Livevartha) –Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota telah dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, kata Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pemakluman kekosongan kerusi itu dibuat pihaknya melalui hantaran faks.

“Justeru, pihak Dewan Negeri Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63,meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang pada Jumaat lepas.

Bekas Ketua Wanita UMNO Johor itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HEBHK pada Rabu lalu berikutan mengalami sesak nafas.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...