Sunday , 24 November 2024
Home Politik Pengundi Nenggiri Cukup Matang Nilai Prestasi BN – Mahdzir
Politik

Pengundi Nenggiri Cukup Matang Nilai Prestasi BN – Mahdzir

Pengundi Nenggiri Cukup Matang Nilai Prestasi BN – Mahdzir

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.

GUA MUSANG, 5 Ogos (Livevartha) — Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diyakini cukup matang untuk menilai prestasi Barisan Nasional (BN) dalampentadbiran Kerajaan Perpaduan bagimembuat keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, 17 Ogos ini.

Pengerusi UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau juga percaya pengundi di sini dapat merasai dan menilaiprestasi kedua-dua parti yang bertanding sebaiknya.

“Mereka tahu bagaimana kerajaanBN dahulu, mereka tahu bagaimana kerajaan negeri (diterajui) PAS.

“Walaupun pengundi Nenggiri inijauh dari bandar Kota Bharu, tetapi mereka mempunyai pemikiran yang baik dari segi pertimbangan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menyertai calonBN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkempen di sini.

UMNO Kedah diberi tanggungjawab menyelaras jentera BN di Kampung Bertam dan Kuala Sungai, yang merupakan antara Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN itu.

Mahdzir berkata sepanjang dua hari pertama kempen, tidak banyak isu besar dibangkitkan pengundi selain perkara berkaitan kehidupan harian masyarakat setempat yangakan diberi tumpuan untuk diselesaikan.

Pada PRK berkenaan, Mohd Azmawi Fikriberdepan pertandingan satu lawan satu menentangcalon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itu diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 tahun lepas, Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo PAS menewaskan calon BNAb Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

DUN Nenggiridipertandingkan mulai 2004 dan setakat ini telah melalui lima pilihan raya yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN sebelum kali terakhir dimenangi Mohd Azizi.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...