Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi Maybank sasar peningkatan 20 peratus jualan dan penebusan mata di Treats Fair 2024
Ekonomi

Maybank sasar peningkatan 20 peratus jualan dan penebusan mata di Treats Fair 2024

Maybank sasar peningkatan 20 peratus jualan dan penebusan mata di Treats Fair 2024

KUALA LUMPUR, 8 Ogos(Livevartha) –Malayan Banking Bhd (Maybank) mengunjurkan peningkatan 20 peratus dalam jualan dan penebusan mata dengan manfaatpenebusan yang dipertingkatkan semasa program Maybank Treats Fair2024 yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi perkhidmatan kewangan komunitinya Syed Ahmad Taufik Albar berkata program yang samasebelum ini menjana jualan melebihi RM10 juta denganpenebusan mata Maybank sebanyak dua bilion.

”Tahun ini, menandakan dua dekad Maybank Treats Fair2024memberi ganjaran kesetiaan kepada pelanggan kami, dan sebagai acara penebusan kesetiaan bank yang paling lama berlangsung, ia diiktiraf oleh Malaysia Book of Records," katanya pada majlis pelancaran program tersebut, di sini hari ini.

Maybank Treats Fair 2024 yang diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, menampilkan hampir 300 reruai yang menawarkan tawaran eksklusif, diskaundan aktiviti.

Syed Ahmad Taufik berkata Maybank memiliki13 juta pemegang kaddengan pertumbuhan transaksi meningkat sebanyak 30 peratus sepanjang tahun ini, menunjukkan komitmen bank tinggi bank itu dalam usahanya memperkukuh tumpuanterhadap pelanggan.

Sementara itu, Ketua bahagian kad MaybankB. Ravintharanberkata bank tersebut menyasarkan kadar pertumbuhan perbelanjaan kad sebanyak 15 peratustahun ini.

”Pertumbuhan tahun lepas juga hampir mencapai 15 peratus. Jadi, kami menjangkakan tidak kurang daripada itu. Dantahun ini kami juga menjangkakan pertumbuhan dalam perniagaan e-dagang, oleh itu, ia adalah gabungan antara transaksi e-dagang dan bukan e-dagang,” katanya.

Syed Ahmad Taufik berkata jumlahpelanggan Maybank melebihi 2.2 juta pemegang kad kreditdan program Treats Fair disasarmenarik kira-kira 125,000 pengunjung.

”Sepanjang acara selama empat hari tersebut, kamiberharap mendapatkan1,500 pendaftaran kad kredit baharu yang disokong olehpromosi serta tarikan untuk memenangi sebuah kereta bernilai RM145,000,” katanya.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...