Tuesday , 24 December 2024
Home Ekonomi Pelaburan Tambahan Infineon Bukti Keyakinan Terhadap Dasar Negara – PM Anwar
Ekonomi

Pelaburan Tambahan Infineon Bukti Keyakinan Terhadap Dasar Negara – PM Anwar

Pelaburan Tambahan Infineon Bukti Keyakinan Terhadap Dasar Negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada majlis peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Livevartha) — Dasar ekonomi negara yang jelas dan kestabilan politik menjadi antara faktor yang menariksyarikat semikonduktor global, Infineon Technologies AG (Infineon) untuk mengumumkan pelaburan tambahan berjumlah RM30.1 bilion semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keputusan mereka untuk melaburtentunya mengambil kira kedudukan politik yang stabil dan dasar ekonomi yang jelas,” kata beliau pada Majlis Peluncuran Garis Panduan mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan hari ini.

Beliau berkata transisi tenaga, pendigitalan danPelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) turutmempengaruhipelaburan terbesar Infineon di Malaysia.

Semalam, penyedia penyelesaian semikonduktor dari Jerman itu mengumumkan akan menambah pelaburan lima bilion euro (RM30.1 bilion) untuk Fasa 2 pembinaan kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200-milimeter terbesar dunia di Kulim, Kedah.

Jumlah itu adalah tambahan daripada pelaburan awal sebanyak dua bilion euro (RM9.7 bilion) membabitkan Fasa 1.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS pagi ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 Disember– Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding Dolar AS...

Pines Avenue dan Baris Place 2 capai jualan 100 peratus
Ekonomi

Pines Avenue dan Baris Place 2 capai jualan 100 peratus

BARIS Place 2 di Setia Mayuri terdiri daripada 16 unit lot kedai...

VentureTECH, MTC Orec umum kerjasama percepat pembangunan loji biometan 
Ekonomi

VentureTECH, MTC Orec umum kerjasama percepat pembangunan loji biometan 

PETALING JAYA: VentureTECH Sdn. Bhd. (VentureTECH), sebuah syarikat pelaburan impak, mengumumkan pelaburan...

Dividen ASB 2024 dijangka berada paras 5.3 sen hingga 6.5 sen
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka berada paras 5.3 sen hingga 6.5 sen

MENARA PNBPETALING JAYA: Pakar ekonomi menjangkakan kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB)...